Thursday 24 March 2016



RESEPI HOMEMADE ROTI CANAI MAMAK


Roti canai merupakan hidangan yg sungguh menyelerakan dengan teksturnya yg rangup dan lembut. Biasanya dimakan pd waktu sarapan pagi tetapi boleh juga dimakan pd bila-bila masa. Selalunya ia didatangi bersama rakan karibnya iaitu kari dhal. Ia boleh juga dimakan bersama gula, susu pekat, madu ataupun dimakan kosong begitu saja tanpa kuah. Ia sememangnya sedap.

Mungkin antara kita tidak tahu cara untuk membuatnya dan hanya tahu membeli di kedai mamak saja seperti "mamak, roti canai satu, kasi banjir ok". Sebenarnya tidakla susah mana untuk membuatnya. anda hanya perlu teknik yg betul dn bersungguh-sungguh. anda sendiri akan berasa puas hati kerana anda membuatnya dgn tgn anda sendiri. tentu ia lebih bersih bukan? Di sini saya ingin kongsikan cara untuk membuatnya kpd anda.



Bahan-bahan
  • 1 kg tepung
  • 1 tablespoon susu pekat
  • 1 teaspoon garam
  • Air sejuk (Mula pakai 1 cawan kecik. Agak-agak sehingga doh tu boleh diuli sempurna)
CARA-CARANYA:
1. Bancuhkan air sejuk, garam dan susu pekat. sedikit air . Bancuh dulu, kalau kurang boleh tambahkan air kosong waktu menguli.
2. Letakkan bancuhan air tadi dalam tepung dan diuli sehingga dapat doh roti.


3. Doh tu dibiarkan rehat dari mlm hingga ke pagi sebabnya menu roti canai homemade ni untuk breakfast.
4. Ambil satu doh roti canai. Lenyekkan menggunakan tapak tgn. Bila dah besar pusingannya baru gunakan jari matikan hujung-hujung doh tu.


5. Ratakan doh ke sekeliling papan. Bila dah ratakan doh, tarik doh dari tengah sampai ke tepi. Dengan cara menggoyangkan doh tu sambil menarik ke bawah.
6. Bila dah tarik setiap penjuru, jadi la doh roti canai ni tertarik di setiap hujung. Letakkan minyak ditengah-tengah roti macam di kedai tu.
7. Dari kedudukan doh yang ditarik di atas tu, lipatkan disetiap penghujung sehingga jadi macam kain basahan.
8. Penghujung yang satu digulung sehingga lebih separuh dan lagi satu pon sama tapi arah bertentangan. Tindihkan doh tu.( Kalau nak letak telur. Lipat macam baju empat segi tu. Sebelum tu pecah telur dalamnya. Lipat masukkan ke kanan dan ke kiri.)
9.. Apabila masa nak mengoreng tu, tekankan doh tu sehingga dapat bulatan dan goreng.


10.  Roti canai anda sedia untuk dimasak. apabila sudah masak, jangan lupa kepuk-kepuk macam dekat kedai tu. Roti canai anda sedia untuk dimakan panas-panas.




Senangkan nak buat roti canai dirumah. Resipinya mudah dan simple nak buat tak banyak bahan. Yang penting ada papan pencanai. Kalau masak banyak-banyak, masak half cook dan simpan dalam peti ais. Jadi roti canai segera yang boleh disimpan untuk makan hari lain pula. Sekian saja dari saya, Selamat Mecuba....Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment