Wednesday 30 March 2016


Kuih Bahulu Tradisi Mama

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Anda sukakan kuih bahulu? Nak mkn bahulu hari-hari? Ingin menghasilkannya dgn air tgn anda sendiri? Semua tu akan terjwb sbb di sini saya ingin berkongsi resepi mama saya tentang cara membuat kuih bahulu.

Pembuatan kuih bahulu ini mudah dan bahan mudah didapati. Tapi!!!, Kesedapannya ada pada sukatan dan teknik pembakaran bahan-bahan asas pembuatan bahulu tersebut.

Dengan keadaan dunia yang semakin moden, teknik pembuatan kuih bahulu dah berbeza berbanding dahulu sbb orang perlu berpenat lelah dlm menggaul bahan-bahannya. Mereka membakar adunan di atas bara api dan perlu diasapkan. Rasanya mmg sgt sedap. Kini, dgn penggunaan oven dan mixer dlm dunia masakan, pembuatan kuih bahulu tak mcm dan sesedap dahulu.

Saya tahu anda semua mesti tak sabar untuk membuatnya kan? Saya pun taknak bercakap pjg. Mari kita lihat cara-caranya.


Bahan-bahan:

Tepung gandum (1 KG)
Telur (30 BIJI)
Gula (1 KG)
Perasa vanilla (SEBOTOL)
 
* Bahan-bahan di ats adalah untuk buat bahulu dlm kuantiti yg byk tau. Kalau nak buat sikit perlu anggaran sendiri. Ikut naluri anda yee..

Cara-cara membuat:

- Susun bahan-yang diperlukan pada satu tempat
- Pecahkan 10 biji telur dan masukkan kedlm bekas
- Masukkan 400g gula kedlm bekas mixer atau bekas tadi


- Masukkan perasa vanilla secukup rasa
- Mulakan mixer atau gaul sebatian tadi sehingga menjadi kembang dan bertukar menjadi putih (agak-agak dalam 5 minit dengan menggunakan mixer)


- Masukkan perlahan-lahan 250g tepung gandum kedlm mixer setelah sebatian kembang.
- Biarkan mixer utk seminit dua lagi atau gaul sehingga sebatian menjadi rata.
- Sementara membuat adunan tadi, panaskan bekas acuan utk di dlm oven (b
erhati-hati semasa ingin mengeluarkan acuan tersebut sbb sangat panas). Setelah adunan siap, keluarkan bekas acuan tadi dan sapukan minyak. 



- Masukkan adunan ke dalam bekas acuan tersebut. Jangan letak sehingga penuh sbb kuih akan kembang dan akan terkeluar drpd acuan.
- Bakar di dlm oven pada suhu 200C selama 10 minit atau sehingga kekuningan.
- Keluarkan dgn berhati-hati dan biarkan sejuk sblum masuk dlm bekas. 





Alhamdulillah..Selesailah sudah kuih bahulu anda. Mudah kan?. Kuih bahulu ini juga sesuai untuk dimakan bersama teh atau kopi tau...Rasanya mmg tiptop...Selamat Mencuba :-)

No comments:

Post a Comment