TIPS MEMBUAT WAU BULAN...
Assalamualaikum kepada anda yg sedang membaca blog saya sekarang ni. Anda tahu bermain wau? Cara-cara menghasilkannya?Pada pengetahuan saya wau merupakan permainan tradisional masyarakat zaman dahulu kala pada waktu senggang atau selepas musim menuai. Wau semakin hari semakin ditelan zaman dengan adanya gajet-gajet elektronik masa kini. Hal ini disebabkan rata-rata masyarakat tidak tahu bermain atau cara-cara untuk menghasilkannya.
Haa...kepada yang ingin bermain wau diluar sana tetapi tidak tahu cara-cara bagaimana wau direka. Disini saya ingin kongsikan kepada anda cara ringkas bagaimana untuk mereka bentuk sebuah wau bulan.
melakar wau
Langkah pertama anda perlu melakar gambar sebuah wau yang diinginkan mengikut ukuran tertentu spt gambar di bawah
meraut buluh
Buluh diperlukan untuk mereka bentuk rangka wau bulan. Buluh perlu diraut untuk membuang bahagian-bahagian yang tidak diperlukan seperti ruas dan kulit bertujuan untuk memberi keseimbangan pada bentuk dan berat bahagian sayap wau. Pastikan pisau benar-benar tajam. Pastikan buluh yg dcari kuat, tak terlalu berat dan mudah dilentur.
membuat bingkai
mengikat buluh
Langkah terakhir adalah menyempurnakan wau dgn melekatkan bahagian rangka dengan plastik atau kertas yg keras dan tidak mudah koyak. Hal ini adalah untuk memastikan wau tidak mudah rosak apabila dtiup angin yg kuat.
Sekarang wau anda telah lengkap!!!
Selamat mencuba dan saya ingin memohon maaf andai ada kekurangan pada blog saya ni. Ringkasan ini bertujuan untuk memastikan golongan muda juga tahu cara-cara untuk menghasilkannya.
No comments:
Post a Comment