Wednesday 30 March 2016


Kuih Bahulu Tradisi Mama

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Anda sukakan kuih bahulu? Nak mkn bahulu hari-hari? Ingin menghasilkannya dgn air tgn anda sendiri? Semua tu akan terjwb sbb di sini saya ingin berkongsi resepi mama saya tentang cara membuat kuih bahulu.

Pembuatan kuih bahulu ini mudah dan bahan mudah didapati. Tapi!!!, Kesedapannya ada pada sukatan dan teknik pembakaran bahan-bahan asas pembuatan bahulu tersebut.

Dengan keadaan dunia yang semakin moden, teknik pembuatan kuih bahulu dah berbeza berbanding dahulu sbb orang perlu berpenat lelah dlm menggaul bahan-bahannya. Mereka membakar adunan di atas bara api dan perlu diasapkan. Rasanya mmg sgt sedap. Kini, dgn penggunaan oven dan mixer dlm dunia masakan, pembuatan kuih bahulu tak mcm dan sesedap dahulu.

Saya tahu anda semua mesti tak sabar untuk membuatnya kan? Saya pun taknak bercakap pjg. Mari kita lihat cara-caranya.


Bahan-bahan:

Tepung gandum (1 KG)
Telur (30 BIJI)
Gula (1 KG)
Perasa vanilla (SEBOTOL)
 
* Bahan-bahan di ats adalah untuk buat bahulu dlm kuantiti yg byk tau. Kalau nak buat sikit perlu anggaran sendiri. Ikut naluri anda yee..

Cara-cara membuat:

- Susun bahan-yang diperlukan pada satu tempat
- Pecahkan 10 biji telur dan masukkan kedlm bekas
- Masukkan 400g gula kedlm bekas mixer atau bekas tadi


- Masukkan perasa vanilla secukup rasa
- Mulakan mixer atau gaul sebatian tadi sehingga menjadi kembang dan bertukar menjadi putih (agak-agak dalam 5 minit dengan menggunakan mixer)


- Masukkan perlahan-lahan 250g tepung gandum kedlm mixer setelah sebatian kembang.
- Biarkan mixer utk seminit dua lagi atau gaul sehingga sebatian menjadi rata.
- Sementara membuat adunan tadi, panaskan bekas acuan utk di dlm oven (b
erhati-hati semasa ingin mengeluarkan acuan tersebut sbb sangat panas). Setelah adunan siap, keluarkan bekas acuan tadi dan sapukan minyak. 



- Masukkan adunan ke dalam bekas acuan tersebut. Jangan letak sehingga penuh sbb kuih akan kembang dan akan terkeluar drpd acuan.
- Bakar di dlm oven pada suhu 200C selama 10 minit atau sehingga kekuningan.
- Keluarkan dgn berhati-hati dan biarkan sejuk sblum masuk dlm bekas. 





Alhamdulillah..Selesailah sudah kuih bahulu anda. Mudah kan?. Kuih bahulu ini juga sesuai untuk dimakan bersama teh atau kopi tau...Rasanya mmg tiptop...Selamat Mencuba :-)

Thursday 24 March 2016



RESEPI HOMEMADE ROTI CANAI MAMAK


Roti canai merupakan hidangan yg sungguh menyelerakan dengan teksturnya yg rangup dan lembut. Biasanya dimakan pd waktu sarapan pagi tetapi boleh juga dimakan pd bila-bila masa. Selalunya ia didatangi bersama rakan karibnya iaitu kari dhal. Ia boleh juga dimakan bersama gula, susu pekat, madu ataupun dimakan kosong begitu saja tanpa kuah. Ia sememangnya sedap.

Mungkin antara kita tidak tahu cara untuk membuatnya dan hanya tahu membeli di kedai mamak saja seperti "mamak, roti canai satu, kasi banjir ok". Sebenarnya tidakla susah mana untuk membuatnya. anda hanya perlu teknik yg betul dn bersungguh-sungguh. anda sendiri akan berasa puas hati kerana anda membuatnya dgn tgn anda sendiri. tentu ia lebih bersih bukan? Di sini saya ingin kongsikan cara untuk membuatnya kpd anda.



Bahan-bahan
  • 1 kg tepung
  • 1 tablespoon susu pekat
  • 1 teaspoon garam
  • Air sejuk (Mula pakai 1 cawan kecik. Agak-agak sehingga doh tu boleh diuli sempurna)
CARA-CARANYA:
1. Bancuhkan air sejuk, garam dan susu pekat. sedikit air . Bancuh dulu, kalau kurang boleh tambahkan air kosong waktu menguli.
2. Letakkan bancuhan air tadi dalam tepung dan diuli sehingga dapat doh roti.


3. Doh tu dibiarkan rehat dari mlm hingga ke pagi sebabnya menu roti canai homemade ni untuk breakfast.
4. Ambil satu doh roti canai. Lenyekkan menggunakan tapak tgn. Bila dah besar pusingannya baru gunakan jari matikan hujung-hujung doh tu.


5. Ratakan doh ke sekeliling papan. Bila dah ratakan doh, tarik doh dari tengah sampai ke tepi. Dengan cara menggoyangkan doh tu sambil menarik ke bawah.
6. Bila dah tarik setiap penjuru, jadi la doh roti canai ni tertarik di setiap hujung. Letakkan minyak ditengah-tengah roti macam di kedai tu.
7. Dari kedudukan doh yang ditarik di atas tu, lipatkan disetiap penghujung sehingga jadi macam kain basahan.
8. Penghujung yang satu digulung sehingga lebih separuh dan lagi satu pon sama tapi arah bertentangan. Tindihkan doh tu.( Kalau nak letak telur. Lipat macam baju empat segi tu. Sebelum tu pecah telur dalamnya. Lipat masukkan ke kanan dan ke kiri.)
9.. Apabila masa nak mengoreng tu, tekankan doh tu sehingga dapat bulatan dan goreng.


10.  Roti canai anda sedia untuk dimasak. apabila sudah masak, jangan lupa kepuk-kepuk macam dekat kedai tu. Roti canai anda sedia untuk dimakan panas-panas.




Senangkan nak buat roti canai dirumah. Resipinya mudah dan simple nak buat tak banyak bahan. Yang penting ada papan pencanai. Kalau masak banyak-banyak, masak half cook dan simpan dalam peti ais. Jadi roti canai segera yang boleh disimpan untuk makan hari lain pula. Sekian saja dari saya, Selamat Mecuba....Assalamualaikum.

Wednesday 9 March 2016

TIPS MEMBUAT WAU BULAN...


Assalamualaikum kepada anda yg sedang membaca blog saya sekarang ni. Anda tahu bermain wau? Cara-cara menghasilkannya?Pada pengetahuan saya wau merupakan permainan tradisional masyarakat zaman dahulu kala pada waktu senggang atau selepas musim menuai. Wau semakin hari semakin ditelan zaman dengan adanya gajet-gajet elektronik masa kini. Hal ini disebabkan rata-rata masyarakat tidak tahu bermain atau cara-cara untuk menghasilkannya. 

Haa...kepada yang ingin bermain wau diluar sana tetapi tidak tahu cara-cara bagaimana wau direka. Disini saya ingin kongsikan kepada anda cara ringkas bagaimana untuk mereka bentuk sebuah wau bulan. 

melakar wau

Langkah pertama anda perlu melakar gambar sebuah wau yang diinginkan mengikut ukuran tertentu spt gambar di bawah
meraut buluh

Buluh diperlukan untuk mereka bentuk rangka wau bulan. Buluh perlu diraut untuk membuang bahagian-bahagian yang tidak diperlukan seperti ruas dan kulit bertujuan untuk memberi keseimbangan pada bentuk dan berat bahagian sayap wau. Pastikan pisau benar-benar tajam. Pastikan buluh yg dcari kuat, tak terlalu berat dan mudah dilentur.


membuat bingkai 

Bingkai wau terdiri daripada beberapa bahagian utama iaitu tulang belakang, tulang rentas sayap, rangka sayap dan rangka ekor. Buluh yang sudah diraut akan dipotong mengikut ukuran wau yang dikehendaki.
mengikat buluh

Ikat sayap dahulu. Sayap yang diikat akan diikat pada tulang belakang. Ikat di atas dan bawah ekor pada tulang belakang. Pastikan seimbang di kedua-kedua belah. Cantumkan hujung ekor kemudian tautkan pada hujung sayap. Untuk pinggang, buluh ditaut membentuk separa bulatan pada bahagian sayap dan ekor wau. Seterunya buluh yang diraut nipis dibentuk menjadi bulatan untuk diikat di tengah pinggang wau.


Langkah terakhir adalah menyempurnakan wau dgn melekatkan bahagian rangka dengan plastik atau kertas yg keras dan tidak mudah koyak. Hal ini adalah untuk memastikan wau tidak mudah rosak apabila dtiup angin yg kuat.


Sekarang wau anda telah lengkap!!!

Selamat mencuba dan saya ingin memohon maaf andai ada kekurangan pada blog saya ni. Ringkasan ini bertujuan untuk memastikan golongan muda juga tahu cara-cara untuk menghasilkannya.

Friday 4 March 2016

"CALISTHENIC"

Calisthenics adalah bentuk latihan yang hanya menggunakan berat badan kita untuk membentuk otot. tak payah membership gym yang mahal untuk membentuk otot. Anda hanya perlu aktif dan konsisten dengan Calisthenics. Kepada yg mls nak berjoging dan tak mampu nak ke gym tetapi nak sihat dan nampak fit mcm 'abang sado', saya nak intro kpd anda satu gaya senamam jalanan atau street workout. Senamam ini sgt sesuai kpd mereka yg inginkan badan yg ideal. 


gambar di atas adalah cara senaman gaya street workout. senaman ini tak payah guna byk alatan. just guna kemudahan besi besi bar yg disediakan di taman taman permainan.


Masing masing mempunyai tujuan berbeza dalam latihan. Latihan beban atan pergi ke gym lebih terfokus pada pembentukan otot atau hypertrophy sedangkan Calisthenics atan senaman street workout ini terfokus pada ketahanan otot dan kekuatan.
LATIHAN BEBAN DI GYM
Untuk hal tersebut latihan beban mendapat nilai disini sbb latihan beban lebih menumpukan otot agar dapat mencapai hypertrophy (proses pembesaran otot) sedangkan Calisthenics lebih banyak menggunakan “Compound Movements” (menggunakan banyak otot untuk satu gerakan) seperti Pull Ups dan Push Ups.
Pull Ups(GAMBAR KEDUA) melibatkan berbagai otot mulai dari Biceps, Back, Chest, dan Abdominal(perut).
Pull Ups dengan form yang benar dapat membentuk Six-Pack(
GAMBAR BAWAH) !
SIX PACK

Wednesday 2 March 2016

'OPTIMUS PRIME' JOHOR



OPTIMUS PRIME DI MALAYSIA!!!
HAHAHA!!! Jangan pelik tentang kewujudannya di Malaysia.
Sultan Johor Sultan Ibrahim telah memiliki satu satunya trak mirip Optimus Prime(GAMBAR KECIL) di Malaysia, watak utama Transformers, yang menjadi kegilaan seluruh dunia.Trak Mack Super-Liner itu dipertunjukkan dalam persembahan Brisbane Truck Show,Australia.
Australia Motor berkata trak tu asal warna putih tapi dicat semula kepada  merah, biru dan putih sempena warna-warna bendera Johor dan memaparkan bayangan harimau selain jata rasmi Johor.Pengubahsuaian dlm masa 3 bulan melibatkan 30 orang pekerja.

ciri ciri trak Johor:
  • kelajuan 685 kuasa kuda.
  • kerusi trak guna kulit diimport daripada Afrika Selatan dijahit dgn benang emas.
  • dilengkapi set dapur kecil, 2 set televisyen, 2 iPad, Xbox dan Playstation 4